Kek Lapis Sarawak, seni kek bercorak yang popular dan sinonim dengan Bumi Kenyalang kini 4 tahun di Prima Sri Gombak, Lembah Klang

Menu Kek 2015 Raya 03 Lowres 2 RGB

Sejak tahun 90-an lagi, kek lapis dikatakan mula sinonim dengan Sarawak kerana menjadi ole-ole hampir setiap pelancong untuk dibawa pulang. Selain rasanya yang enak, lembap dan pejal, keistimewaan kek  ini terletak pada motif dan coraknya yang unik serta berwarna-warni.

Resipi asal kek lapis mula diperkenalkan oleh pembuat kek lapis dari Indonesia sekitar tahun 80-an. Bermula membuat kek secara suka-suka atau hobi sebagai juadah menjelang Aidilfitri atau perayaan lain, namun atas permintaan yang tinggi serta apabila kek lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis Indonesia seperti Lapis Legit, nampaknya kek lapis menjadi begitu sinonim dengan Sarawak. Ini disebabkan bahan yang digunakan lebih pelbagai, adunan citarasa semasa serta penambahbaikan dari segi mutu dan kualiti yang jauh lebih baik.

Sama ada sebagai buah tangan/hadiah, hidangan istimewa buat tetamu atau jamuan seisi keluarga, Kek Lapis Sarawak mempunyai nilai eksklusif dalam kelasnya berbanding kek-kek lain kerana cara penyediaan dan pembuatannya agak rumit. Seni pembuatan kek ini terukir pada corak, nilai estetika tangan pembuatnya. Maka tidak hairanlah ia dianggap unik dan berada dalam kelasnya tersendiri.

Diadun dengan kaedah tradisional, kek yang bercorak ini pasti memikat mata dan membangkitkan selera untuk merasai keenakannya. Sebagai pembekal, pengedar dan penjual kek lapis di Lembah Klang, Prima Kek Lapis menyediakan 25 pilihan dan citarasa terkini dalam memenuhi kepuasan dan permintaan penggemar kek lapis di sekitar Semenanjung.

Pasaran yang besar di Lembah Klang menjadikan Prima Kek Lapis antara pemain industri kek popular di Sarawak ini mendapat tempat di kalangan beberapa hotel terkemuka dalam sajian ‘dessert’, selain sebagai buah tangan yang dibawa terbang ke serata pelusok dunia.

2014 06 15 (Bottom)

Copyright©2011-2014 Prima Kek Lapis. All Rights Reserved.
Semua material sama ada gambar/teks yang dimuat-naik, logo dan sebarang aplikasi dalam laman ini adalah kepunyaan/hak Prima Kek Lapis (002044154-A). Menggunakan gambar kami tanpa kebenaran adalah pencerobohan ke atas hakcipta. Sebarang cubaan pencerobohan ke atas sistem kami adalah dianggap jenayah siber. Kami tidak teragak-agak menggunakan tindakan undang-undang siber. Bagi tujuan keselamatan, alamat IP anda direkod untuk rujukan.

Advertisements

Comments Off on

Filed under Uncategorized