Order/Beli Online

Sila maklum bahawa pembelian online HANYA UNTUK 2 KEK KE ATAS SAHAJA. Kami tidak menerima pembelian online untuk 1 kek.

Beberapa langkah penting  membeli secara online:

1. Pilih Kek kegemaran termasuk jumlah

2. Campurkan harga kek yang dipilih

3. Campurkan kos Poslaju (Sila rujuk senarai di bawah)

4. SMS ke no hp yang tertera di bawah, nama kek/jumlah kek

5. Pastikan anda mendapat sms balas daripada kami

6. Bank in/transfer keseluruhan jumlah RM ke Maybank, CIMB Bank atau Bank Islam.

7. SMS jumlah bank in/transfer, nama penuh dan alamat lengkap untuk urusan pengeposan

Untuk urusan pengeposan (kurier), kami menggunakan perkhidmatan POSLAJU dengan kos penghantaran/perkhidmatan pos ini ditanggung oleh pelanggan (bayaran dicampurkan dengan harga kek ketika bank in). Jangkaan tempoh penghantaran POSLAJU sekurang-kurangnya 1 – 3 hari bekerja (mungkin sampai lebih awal). Kebanyakan bandar-bandar utama di Malaysia, bungkusan POSLAJU akan sampai keesokan hari (1 hari).

KOS POSLAJU (termasuk pembungkusan) untuk mana-mana tempat/lokasi/destinasi di Semenanjung:

2-3 Kek : RM15     4-6 Kek : RM20         6–12 kek: RM30 (pakej POSLAJU)

KOS POSLAJU untuk mana-mana tempat/lokasi/destinasi di Sabah/Sarawak/Labuan:

2-3 Kek : RM25     4-6 Kek : RM35          6 -12  kek: RM50

Pembelian secara online diterima apabila transaksi menerusi akaun CIMB dan MAYBANK kami telah ada jumlah yang dimasukkan. Sekiranya anda pertama kali dan berasa was-was tentang pembelian secara online, kami menasihatkan anda supaya berhubung dengan kami terlebih dahulu dengan menghubungi  talian yang tertera di bawah.

CIMB : 8000-203-246 (PRIMA KEK LAPIS)

Maybank: 1647-9917-5996 (NOR SAIMAH)

logo

BANK ISLAM: 12-225-02-0179325 (NOR SAIMAH)

Terma & Syarat Pembelian Online

Dengan kaedah pembelian ini, anda selaku pelanggan telah bersetuju untuk berurusan dengan PRIMA KEK LAPIS yang turut melibatkan pembelian/pembayaran wang (mengikut jenis/harga kek yang dibeli beserta kos kurier) dengan memasukkan jumlah wang tersebut ke akaun bank PRIMA KEK LAPIS. Selaku ‘merchant’, kami akan menghantar bungkusan kek yang dibeli mengikut nama dan alamat yang diberi pada tarikh yang dikehendaki. Sekiranya tidak menerima bungkusan dalam tempoh 3 hari, sila maklumkan segera kepada pihak kami. TEMPAHAN AKAN TERBATAL sekiranya pembayaran tidak dibuat dalam tempoh 24 jam. Kami tidak akan memproses sebarang tempahan sekiranya dalam tempoh tersebut tiada sebarang pembayaran diterima.

Terma & Syarat Pembelian Online

Dengan kaedah pembelian ini, anda selaku pelanggan telah bersetuju untuk berurusan dengan PRIMA KEK LAPIS yang turut melibatkan pembelian/pembayaran wang (mengikut jenis/harga kek yang dibeli beserta kos kurier) dengan memasukkan jumlah wang tersebut ke akaun bank PRIMA KEK LAPIS. Selaku ‘merchant’, kami akan menghantar bungkusan kek yang dibeli mengikut nama dan alamat yang diberi pada tarikh yang dikehendaki. Sekiranya tidak menerima bungkusan dalam tempoh 3 hari, sila maklumkan segera kepada pihak kami. TEMPAHAN AKAN TERBATAL sekiranya pembayaran tidak dibuat dalam tempoh 24 jam. Kami tidak akan memproses sebarang tempahan sekiranya dalam tempoh tersebut tiada sebarang pembayaran diterima.

Kaedah Pembungkusan Kek Untuk Dipos

Bagi langkah keselamatan kek supaya dalam keadaan baik, pihak kami menggunakan kotak POSLAJU untuk menjamin kek-kek yang dipos supaya tidak kemek/penyek. Setiap kek akan dibungkus/dibalut dengan plastik sebanyak 2 kali (2 lapisan plastik) untuk mengelak kek terdedah jika/seandainya lapisan pertama terbuka. Hal ini penting bagi jaminan kebersihan untuk mengelak sebarang pencemaran dari luar atau dimasuki serangga seperti semut semasa tempoh penghantaran.

Setelah Terima Bungkusan

Bagi jaminan ketahanan kek lapis sehingga 3 atau 4 bulan, kek yang dikeluarkan dari bungkusan hendaklah terus disimpan dalam peti sejuk. Kebiasaannya, kek lapis boleh bertahan antara 5-7 hari pada suhu bilik. Jika bercadang memakan hanya sebahagian kek dan ingin menyimpan semula di dalam peti sejuk, amalkan langkah berikut iaitu sewaktu memotong sebahagian kek, pastikan hanya buka sebahagian plastik pembalut (jangan tersentuh tangan pada bahagian yang hendak disimpan). Bahagian kek yang hendak dimakan bolehlah dipotong seperti biasa sebelum dihidangkan.

Sila sms kami dengan segera setelah bungkusan diterima sebagai bukti pos sudah diterima.

 

Pertanyaan atau Tempahan Melalui Emel

Anda boleh juga berhubung melalui emel kami : primakeklapis@gmail.com untuk bertanya soalan ataupun menghantar senarai pesanan/tempahan. Untuk maklum balas yang lebih pantas dan cepat, sila sms kami terlebih dahulu.

2014 06 15 (Bottom)

Copyright©2011-2014 Prima Kek Lapis. All Rights Reserved.
Semua material sama ada gambar/teks yang dimuat-naik, logo dan sebarang aplikasi dalam laman ini adalah kepunyaan/hak Prima Kek Lapis (002044154-A). Menggunakan gambar kami tanpa kebenaran adalah pencerobohan ke atas hakcipta. Sebarang cubaan pencerobohan ke atas sistem kami adalah dianggap jenayah siber. Kami tidak teragak-agak menggunakan tindakan undang-undang siber. Bagi tujuan keselamatan, alamat IP anda direkod untuk rujukan.